Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

i-Citra 2 Ogos Ini Masuk | Cara Buat Semakan

APAKAH I-CITRA KWSP?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.


SYARAT KELAYAKAN

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;

Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.


JUMLAH / AMAUN PENGELUARAN YANG BOLEH DIKELUARKAN

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.


Berikut syarat terperinci:

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)


TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.


CARA PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Ahli boleh mula memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.


TARIKH PEMBAYARAN DIBUAT

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra , atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.


CARA MEMBUAT SEMAK STATUS KELULUSAN

1) Pergi ke halaman ini https://icitra.kwsp.gov.my/



2) Klik Semak Status Permohonan

3) Masukkan No.MyKad/No.Tel Bimbit dan tandakan dalam kotak saya bukan robot


4) Klik Semak Status

Jika permohonan anda telah berjaya boleh buat semakan di dalam akaun i-akaun anda dan akan dapat lihat jadual pembayaran seperti di bawah